BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda yang ke:-

la la la....


Saturday, June 18, 2011

Hari Sukan SMK Taman Daya...

asalamualaikum...
okie hari nie Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya a.k.a. TDs telah mengadakan Hari sukan. Semua pelajar memakai baju rumah sukan masing masing iaitu Kuning ataupun Satria, Hijau ataupun Jaguh, Merah ataupun Wira dan biru ataupun Juara. Selain itu, ada juga makhluk yang bergelar manusia memakai baju unit berunifom seperti Puter Islam, PBSM, Pengakap, St John Ambulan, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan sebagainya.... acara bermula pada jam 7.15 pagi (kot).. Manusia yang bernama Nur Hafini telah datang ke sekolah pada jam 7.00 pagi.... selepas semua pelajar telah berada di padang sekolah dengan selamat dan tenteram tanpa sebarang ganguan orang gila mahupun pesakit mental yang terlepas dari Hospital Tampoi..... Acara bermula dengan perbarisan rumah rumah sukan dan badan berunifom....Acara diteruskan dengan larian tak tahu berapa ratus meter....dan acara lompat tinggi...selepas berakhirnya acara larian dan lompat tinggi, Ada acara tarik tali antara rumah sukan Satria dan Wira. Keputusannya adalah Satria 2-1 Wira. Acara tarik tali disertai oleh abang abang form 4-5. Ini kerana acara ini adalah tarik tali bukan tarik bantal mahupun selimut... Acara dimeriahkan lagi dengan kedatangan Bekas Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Puan Ang Wee Wee.... tetapi sayang sekali Bonda Pengetua TDs, Puan Hjh Azizah, tidak dapat ikut serta kerana mempunyai kerja yang tidak dapat dielakkan... Ketika majlis penyampaian hadiah berlangsung manusia yang lemah ini hanya menumpukan perhatian terhadap seseorang yang dapat mencuri hati nya dan tidak mahu memulangkan semula... Majlis berakhir pada pukul 1.00 tgh (kot)... kini semua pelajar Taman Daya yang hadir hari ini sudah pun mengetahui pemenang pada Temasya Sukan Tahunan 2011...

1. Biru a.k.a. Juara
2. Hijau a.k.a. Jaguh
3. Merah a.k.a. Wira
4. Kuning a.k.a. Satria

tetapi Rumah Satria nampak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Ini kerana acar perbarisan rumah sukan dan khemah terlawa telah dimenangi rumah Satria. Akan tetapi, Nur Hafini tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang untuk menjaga gerai Pembimbing Rakan Sebaya. Tapi hal itu tidak melemahkan semangat gadis yang bernama Nur Hafini untuk bersorak bagi rumah sukan Satria....Dengan ini, Saya Nur Hafini Binti Harith ingin menutup laporan untuk Hari Sukan SMK Taman Daya....=)

okie yang tue laporan untok hari sukan yang direka oleh nini.... Jangan cakap " Knape formal sangat nini tules," . Kalau korang cakap begitu... nini akan balas "Oit, da name LAPORAN HARI SUKAN ... mesti la formal... tapi disebabkan nie dalam belog, ade beberapa kesalahan la...." seperti pepatah mengatakan "tiada seorang manusia di di dalam dunie nie sempurna..." ataupun pepatah nie " Setiap manusia akan melakukan kesalahan." okie...okie.... tapi kan tadi nini balek jalan kaki... sob sob +_+.... dan tadi nini namapk dye pon jalan kaki menuju kemane nini ta tau la plakk... okie la...
bye...
ASALAMUALAIKUM... :)

0 comments: